Pages

teman teman

Tuesday, December 7, 2010

perigi cari timba

selalu nya insan yang layak menerima pepatah ini adalah wanita. takkan laki pulak kan. tapi bagi aku pepatah ini dah tak boleh diguna pakai lagi kat dunia sekarang nih


jangan terlalu ego hanya kerana  "KAU " wanita. tidak semua lelaki punye sifat "gentlemen" la. ingat ta dulu dulu cikgu pernah ajar nak seribu daya tak mo seribu dalih tak pun dimana ada kemahuan di situ ada jalan jadi kenapa tidak cakap sahaja 3 patah perkataan "saya cinta awak". dari perlu bazir 3 juta perkataan sebelum lelaki itu mahu memulakan hubungan. itu pun kalau masih bersama kerana manusia sinonim dengan sifat bosan. tolong lah jangan jadi kan perigi cari timba sebagai satu alasan. sedang kan jika nak tiga perkataan tak nak tiga perenggan. jangan bazir masa kera siapa cepat cakap die dapat dakap. aww boleh peluk peluk boleh cium cium. heh


jika takutkan hari ini
bagaimana hendak menghadapi hari esok? bagi aku lebih baik wanita memulakan sesuatu hubungan kerana lelaki selalu nya tidak serius sangat. jangan bazirkan masa menunggu lelaki. wanita perlu berfikir give and take. kerana selepas hubungan bermula lelaki akan menanggung gift and tax. segala perkara dalam kehidupan punya risiko. contoh, kalau banyak makan pun boleh jadi sakit obesiti. kalau tak makan pun sakit gastrik. tapi cuba lihat perbezaan mana situasi yang lebih sakit? obesiti mungkin berat badan bertambah tetapi kita puas makan. jika gastrik kita perlu menahan sakit sedangkan kita tak merasakan keenakan makanan. begitu juga hati, luahkan sahaja asalkan puas jangan biarkan sesuatu pergi dan menyesal tanpa kita lakukan apa pun. tidak salah mengalah apabila penentuan nya belum tentu kita kalah. jangan esok yang sudah di gendong tak dapat, yang di kejar berciciran.


dalam islam sendiri tiada dalil yang mengatakan wanita tidak boleh memulakan sesuatu hubungan. malah pada zaman baginda dahulu pernah ada seorang sahabat yang di minta meminang oleh seorang wanita dan akhirnya mereka bahagia kerana lelaki itu juga sudah lama menyukai wanita tersebut cuma malu untuk menyatakan hasratnya. Rasulullah s.a.w. berpesan: “apabila datang kepadamu orang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya maka kahwinilah ia. Jika tidak engkau perbuat (demikian), akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang luas.” (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

p/s : lepas ni sape nak tackle lelaki sila kan lah.:)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...