Listening : percaya padaku by ungu
Dalam keindahan hubungan manusia
tiada seorang pun mahu merasa sia sia. masa, tenaga, dan wang ringgit telah kita labur, adakah setelah bertahun, setelah beribu ringgit hasilnya musnah lebur? perasaan cinta sebenarnya tidak sukar kerana ia hanya melibatkan dua orang. tetapi bila ada perasaan suka itu yang berlaku nya curang. lumrah manusia bila di beri peluang memilih, yang lama di buang yang lama di sisih.
apabila lelaki menjumpai wanita
lebih cantik lebih baik dari apa yang mereka ada, itu mungkin bagi mereka satu peningkatan prestasi mengorat. tetapi jika benar cinta kalian hebat, kenapa pasangan masih mencari hubungan sesat. cinta sepatut nya buat manusia terikat selama, bukan terpikat seketika. jangan pernah anggap bila hati sudah di miliki, segalanya menjadi milik hakiki. jodoh tidak kenal status sesiapa, tetapi jodoh membuka mata sesiapa yang alpa.
wanita harus akui mereka
merupakan ciptaan yang lemah dengan sentuhan kecundang lelaki. inikan pula bila lelaki menyentuh hati, wanita pasti merasa terbang ke awan seperti merpati. bila lelaki sudah berjanji, cinta sebenar wanita akan teruji. setiap orang inginkan yang terbaik dalam hidup, hingga kita buta untuk menilai cinta yang asli atau cinta yang celup(tiruan). jika benar cinta kalian asli kemanisan nya tidak pernah luntur walau kita telah merasainya berkali kali. jika cinta kalian tiruan, untuk merasa kemanisan nya kita perlu mencelup berulang kali.
jika mencari pasangan kita anggap sebagai
satu pemilihan. menjadi setia juga bagi saya satu pilihan. setiap orang memiliki keistimewaan masing masing, jangan kerana orang lain lebih baik serta merta kita berpaling. saya percaya setiap orang akan melakukan kesilapan, tetapi saya tidak percaya setiap orang mahu hidup dalam kemalapan. cinta sebenar tidak hanya sebentar. cinta sebenar tidak berhenti mekar. kita sukar menghargai apa yang kita ada. tetapi kita mudah mengkagumi apa yang kita tiada.
mungkin diantara kalian alpa tetapi jangan lupa bahawa kita punya maha pencipta..
jika manusia sendiri tidak mampu setia sebagai pecinta, inikan pula setia pada maha pencipta.
dipetik dari muka surat sulit naz
4 comments:
uish2 aku ingt ayat ko dah tadi.
hebakk gilaa.
yep, setia juga pilihan.
kalo pilih utk curang, so cinta takkan penah kekal.
;)
fav song Eien (';
aisha : ayat aku biasa biasa je lah.:) tu bukan article aku pon.since lame tak update aku just amek and credit kan je.:)
eien.: abg daus baru dengar lagu tuu;)
Post a Comment