Pages

teman teman

Wednesday, November 17, 2010

beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang lelaki:)

1. Bila sorang lelaki mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.:D
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Lelaki sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai lelaki yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang lelaki jatuh cinta dengan sorang perempuan, perempuan itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan perempuan lain.
5. Bila wanita yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
6. Lelaki memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan sang jejaka yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri lelaki yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang lelaki mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan- lahan.:)
9. Lelaki suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan ukiran adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu bahawa lelaki ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood lelaki.
12. Bila pertama kali wanita yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si lelaki akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi lelaki. Jadi jangan senyum sebarangan wahai si gadis!!
14. Jika kamu menyukai sorang lelaki,cubalah mulakan dengan persahabatan.Ke mudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang lelaki memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.HAHA
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang jejaka jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa perempuan ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang lelaki,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. 
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh lelaki ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri. 
21. Bekas teman wanita akan sentiasa ada di fikirannya tetapi wanita yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Lelaki paling benci wanita yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling handsome..
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua lelaki mahukan sorang wanita yang cintakan mereka sepenuh hati..
27.Lelaki suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
28. Lelaki mudah jatuh HATI pada wanita yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat lelaki pandai-pandailah…
29. Sebenarnya mudah mengambil hati lelaki kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
p/s: actualy aku terpikir nak buat bende ni bukan tok overall pun. ia macam lebih specific kepada lelaki yg pernah kena game dgn wanita dan tunggu perigi yang mencari timba:) hehe

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...