Pages

teman teman

Friday, October 22, 2010

kupukupu malam


Dia itu sejak bertadika,
impinya mahu bermaruah dan berharta?
dia itu sejak berdarjah,
mahunya jadi orang yang gah?
dia itu sejak bertingkatan,
hasratnya bukan mahu dijualkan?

Tuih! aku geleman padalelaki yang kononnyabenci pada perempuan takberdara. Kerana spesieskau la wanita yang diibaratkankupu-kupu malam, bekerjabertaruh nyawa seluruh
raga. Kerana spesies kau la hidupnya kontang kanting bagai cacing dibakar nyawa nya,hidupnya dalam ketidakmahuan orang. Senyum halus merayu domba kepada setiap jantan spastik yang datang. Dosakah apa yang dia kerjakan?
atau sucikah mereka yang datang? Ramai yang bencipadanya, ludahkan hamun segala padanya. Apa kautahu dan ada kau mahu tahu,

dia itu sedang menangis ketika ketawa?
dia itu meminta tolong bila merayu manja?
dia itu kesakitan bila kau berada dikelangkangan?
dia itu mahu hidup senang, bukan dibuang?

apa yang dia tahu,
dia sudah kalah dan harus terus membeban bahu,
apa yang dia tahu,
menyambung nyawa meneruskan waktu,

apa yang dia tak tahu,
Orang semacam 'kauadalah jantan tak tahu malu.
apa yang dia tak tahu,
Orang yang meludah dia adalah jantan tak berbulu.

BULLSHIT!

aku benci benar pada lelaki yang mengutuk mencaci kupu-kupu malam. Kau seharusnya jujur cintakandia, bukan membinatangkan dia, bukanmenyisihkan dia, bukan kejam menyiksa dia. dia rapuh. Benci itu bukan untuk dia. Kasihan juga bukan untukdia. HORMATI mereka.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...