selalu  nya insan yang layak menerima pepatah ini adalah wanita. takkan laki pulak kan. tapi bagi aku pepatah ini dah tak boleh diguna pakai lagi kat dunia sekarang nih 
jangan terlalu ego hanya kerana  "KAU " wanita. tidak semua lelaki punye sifat "gentlemen" la. ingat ta dulu dulu cikgu pernah ajar nak seribu daya tak mo seribu dalih tak pun dimana ada kemahuan di situ ada jalan jadi kenapa tidak cakap sahaja 3 patah perkataan "saya cinta awak". dari perlu bazir 3 juta perkataan sebelum lelaki itu mahu memulakan hubungan. itu pun kalau masih bersama kerana manusia sinonim dengan sifat bosan. tolong lah jangan jadi kan perigi cari timba sebagai satu alasan. sedang kan jika nak tiga perkataan tak nak tiga perenggan. jangan bazir masa kera siapa cepat cakap die dapat dakap. aww boleh peluk peluk boleh cium cium. heh
jika takutkan hari ini
bagaimana  hendak menghadapi hari esok? bagi aku lebih baik  wanita memulakan sesuatu hubungan kerana lelaki selalu  nya tidak serius sangat. jangan bazirkan masa menunggu lelaki. wanita perlu  berfikir give and take. kerana selepas hubungan bermula lelaki akan menanggung gift and tax. segala  perkara dalam kehidupan punya  risiko. contoh, kalau banyak makan pun  boleh jadi sakit obesiti. kalau  tak makan pun sakit gastrik. tapi cuba  lihat perbezaan mana situasi yang  lebih sakit? obesiti mungkin berat  badan bertambah tetapi kita puas makan. jika  gastrik kita perlu menahan  sakit sedangkan kita tak merasakan keenakan makanan. begitu juga hati,  luahkan sahaja  asalkan puas jangan biarkan sesuatu pergi dan menyesal  tanpa kita lakukan apa pun. tidak salah  mengalah apabila penentuan nya  belum tentu kita kalah. jangan esok yang  sudah di gendong tak dapat,  yang di kejar berciciran.
dalam  islam sendiri tiada dalil yang mengatakan wanita tidak boleh memulakan  sesuatu hubungan. malah pada zaman baginda dahulu pernah ada seorang  sahabat yang di minta meminang oleh seorang wanita dan akhirnya mereka  bahagia kerana lelaki itu juga sudah lama menyukai wanita tersebut cuma  malu untuk menyatakan hasratnya. Rasulullah s.a.w.  berpesan:  “apabila  datang kepadamu orang yang kamu redha  agamanya dan akhlaknya   maka kahwinilah ia. Jika tidak engkau perbuat  (demikian), akan  terjadi  fitnah di bumi dan kerosakan yang luas.”  (Riwayat Tirmizi,  Ibnu Majah  dan al-Hakim)
 
p/s : lepas ni sape nak tackle lelaki sila kan lah.:)

No comments:
Post a Comment